Tentang Kami
Pengenalan Kami
Norrasyada Binti Osman berpengalaman lebih 18 Tahun dalam bidang Guaman Syarie. Membantu menyelesaikan lebih 600 kes-kes Jenayah dan Mal di mahkamah Syariah. Mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Undang-undang (kepujian) daripada Universiti Malaya dan meneruskan Diploma Lanjutan Syariah dan Amalan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Menjadi tetamu jemputan bagi Program Bual Bicara Syariah di rancangan Selamat Pagi Malaysia (RTM TV 1), Program Celik Syariah (Media Prima TV 9).
Firma Guaman Syarie & Perunding Keluarga Islam – Tetuan Syada Osman & Associates ditubuhkan oleh Norrasyada mula beroperasi pada 4 Mei 2012. Khusus dalam perkhidmatan guaman syariah dalam kes-kes mal / sivil, jenayah, harta pusaka (faraid & wasiat) serta dalam Hal Ehwal Perundangan Syariah, Undang – undang kekeluargaan Islam dan lain-lain.
Hingga kini firma ini di kenali sebagai firma yang mengekalkan profesionalisme, reputasi serta tradisi keilmuan dalam menawarkan khidmat nasihat & kepakaran kepada pelanggan.
2013-2015
Pengerusi JawatanKuasa Peguam Syarie Muda & Pedamar, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).
2015-2017
Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Negeri, NGO & Mahkamah Persatuan Syarie Malaysia (PGSM).
2016-Kini
Pengarah Klinik Guaman Syarie Malaysia PGSM.
2017-2020
Peguam Panel as salihin & trustee
2017-2022
Pengurusi Jawatan Kuasa Keahlian, Kebajikan & Aduan Disiplin Persatuan Peguan Syarie Malaysia
2018
Jawatankuasa perlaksana konvensyen peguam syarie malaysia (persatuan peguam syarie malaysia)
2020
Ahli jawatankuasa induk akta profesion guaman syarie wilayah persekutuan
2022
- Jawatankuasa induk bantuan guaman syarie malaysia
- jawatankuasa pimpinan zon tengah busines networking international (BNi)
2023-Kini
- Pengerusi jawatankuasa hal ehwal keahlian & bantuan guaman syarie persatuan peguam syarie malaysia
- Jawatankuasa pelaksana program literasi undang-undang syariah persatuan peguam syarie malaysia
- penceramah literasi undang-undang syariah di kementerian pembangunan kerajaan tempatan malaysia
Kenapa Perlu Memilih Kami di Syada Osman & Associates?
Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda perlu memilih kami!
18 Tahun Pengalaman
Berpengalaman luas dalam undang-undang syariah melebihi 18 tahun di Malaysia.
Tegas dan bertanggungjawab
Tegas dan bertanggungjawab mengendalikan kes dan khidmat yang diberikan.
Networking yang ramai
Mempunyai hubungan baik dengan jabatan dan agensi2 luar yang berkaitan undang-undang syariah.
Profesional dan jujur
Profesional, jujur dan komunikasi yang baik dengan semua pihak.