Makluman: Set appointment percuma bersama kami! Kami menyediakan sesi kaunseling secara percuma! Kami memberikan support 24/7

Pengesahan Nikah Luar Negara

Bagai sudah menjadi kebiasaan apabila kebanyakan mereka yang mempunyai masalah atau halangan untuk berkahwin dan tidak mendapat kebenaran undang-undang atau keluarga akan mengambil langkah untuk melangsungkan pernikahan di luar negara sama ada perkahwinan kali pertama mahupun untuk berpoligami.

Dan yang paling parah apabila ramai juga di kalangan pasangan tersebut mengambil mudah dan sengaja tidak mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia dengan segera selepas balik ke Malaysia. Seringkali dilihat kes yang dibawa ke Mahkamah Syariah apabila pasangan tersebut telah dikurniakan cahayamata namun malangnya anak tersebut tidak dapat didaftarkan di dalam sistem data negara ini disebabkan tiada dokumen pernikahan yang sah dah didaftarkan.

Bukan itu sahaja, antara kesan-kesan lain sekiranya pernikahan tersebut tidak didaftarkan adalah:

  • Status pasangan akan kekal bujang atau janda sebagaimana status sebelum mereka bernikah. 
  • Anak tidak dapat didaftarkan dan status anak akan terus menjadi persoalan masyarakat.
  • Suami atau isteri tidak dapat menuntut apa-apa hak dalam perkahwinan ataupun perceraian di Mahkamah Syariah.
  • Pihak-pihak akan mengalami kesukaran untuk menuntut hak perwarisan atau harta pusaka jika berlaku kematian. 

Perkara-perkara di atas juga akan memberi kesan jangka masa yang panjang bagi sesetengah pihak. 

Oleh itu, setiap pernikahan yang dijalankan dan telah dilangsungkan di luar negara, ia hendaklah disahkan terlebih dahulu di Mahkamah Syariah dan kemudian akan didaftarkan di Pejabat Agama Daerah masing-masing untuk Surat Perakuan Nikah dikeluarkan. Permohonan untuk pendaftaran pernikahan seperti yang diperuntukkan bawah seksyen 12 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 atau seksyen 23 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor). 

Antara prosedur pengesahan nikah dijalankan di Mahkamah Syariah, pihak-pihak hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut sebagai pembuktian dalam dokumen dan keterangan yang dikemukakan iaitu;

  1. Sijil nikah negara berkenaan
  2. Sijil atau Surat Pengesahan Nikah negera berkenaan
  3. Salinan Kad Pengenalan
  4. Salinan passport antarabangsa atau border pass
  5. Surat dari Kedutaan Malaysia di negara yang bernikah tersebut.

Sekiranya Mahkamah Syariah tidak berpuashati dengan dokumen dan keterangan yang dikemukakan, maka permohonan pengesahan nikah itu boleh dibatalkan dan ditolak. Maka pasangan tersebut akan difaraqkan pernikahan mereka dan bukan sebagai suami dan isteri yang sah. 

Maka bagi kes seperti ini dan agar tidak tersalah langkah, pasangan haruslah melantik Peguam Syarie bagi memudahkan urusan untuk prosiding pengesahan nikah dan seterusnya dapat menjaga hak masing-masing sebagaimana yang digariskan oleh hokum syarak dan undang-undang syariah. 

Dapatkan Khidmat Guaman Terbaik Kami

Kisah Gembira Pelanggan Kami

Muhd Shah

"Assalammualaikum, pandangan saya selaku anak guam pada pn syada dari syada osman & Associates cukup berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, peguam yang sangat berpegalaman serta peramah serta memahami segala urusan yang dikehendaki. Semoga allah permudahkan segala urusan pada syada osman & Associates. semoga kekal maju pada negara."

Google Review

Lihat feedback kami.