Makluman: Set appointment percuma bersama kami! Kami menyediakan sesi kaunseling secara percuma! Kami memberikan support 24/7

Penceraian Secara Fasakh

Cerai secara fasakh adalah salah satu perceraian yang boleh dituntut di Mahkamah Syariah dan ia sinonim dengan keadaan jika suami atau isteri tidak bersetuju untuk bercerai secara persetujuan bersama. 

 

Definisi

Menurut seksyen 2 (Tafsiran) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) maksud fasakh ini adalah Pembubaran Nikah Disebabkan Oleh Sesuatu Perkara Yang Diharuskan Oleh Hukum Syarak mengikut seksyen 53. 

 

Suatu Perintah Untuk membubarkan perkahwinan boleh dimohon di Mahkamah Rendah Syariah yang berbidangkuasa ke atas Plaintif dengan alasan-alasan seperti dalam  Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) ANTARANYA :

  • SUAMI ATAU ISTERI TIDAK DIKETAHUI KEBERADAANNYA LEBIH DARI SATU TAHUN
  • SUAMI CUAI/ TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB MEMBERIKAAN NAFKAH SELAMA TEMPOH TIGA BULAN
  • SUAMI/ ISTERI DIPENJARA SELAMA TEMPOH TIGA TAHUN LEBIH
  • SUAMI/ISTERI TAK MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB PERKAHWINAN (NAFKAH BATIN) TANPA SEBAB MUNASABAH SELAMA TEMPOH SATU TAHUN
  • SUAMI/ISTERI MATI PUCUK, GILA, VITILIGO, PENYAKIT KELAMIN DAN BOLEH BERJANGKIT
  • BERLAKU PENGANIAYAAN OLEH SUAMI / ISTERI SEPERTI PENDERAAN FIZIKAL ATAU MENTAL, BERKELAKUAN KEJI.
  • ISTERI MASIH TIDAK DISETUBUHI SELEPAS EMPAT BULAN PERNIKAHAN DENGAN SENGAJA ENGGAN SETUBUHI;
  • ISTERI TIDAK IZIN AKAN PERKAHWINAN ATAU DENGAN IZINNYA TIDAK SAH SAMA ADA PAKSAAN, KESILAPAN, KETIDAKSEMPURNAAN AKAL ATAU HAL LAIN YANG DIAKUI SYARAK
  • ALASAN-ALASAN LAIN YANG DIIKTIRAF HUKUM SYARAK

 

SIAPA YANG LAYAK MEMBUAT TUNTUTAN INI?

Selalu kita dengar isteri sahaja yang menuntut fasakh. Namun fasakh ini sebenarnya sama ada suami atau isteri boleh menuntut fasakh di Mahkamah Syariah berdasarkan alasan yang yang diperuntukkan. 

Pernikahan hendaklah pernikahan yang sah mengikut hukum syarak atau didaftarkan berdasarkan Enakmen ini. Dalam erti kata lain mestilah mempunyai Surat Perakuan Nikah yang sah dan didaftarkan. 

 

APAKAH KESAN FASAKH TERHADAP PERKAHWINAN?

  • PERKAHWINAN DIBUBARKAN (TALAK BAIN KUBRA)
  • TIDAK MENGURANGKAN BILANGAN TALAK
  • TIDAK BOLEH KEMBALI RUJUK MELAINKAN DENGAN AKAD YANG BARU
  • SEKIRANYA PIHAK-PIHAK BERKAHWIN SEMULA DENGAN AKAD YANG BARU, MAKA MEREKA BERMULA DENGAN TALAK YANG BARU SEBANYAK TIGA TALAK
  • ISTERI BOLEH MENUNTUT NAFKAH IDDAH, MUT’AH,NAFKAH TERTUNGGAK (HAK-HAK SELEPAS CERAI)

 

BAGAIMANA SEKIRANYA SUAMI/ DEFENDAN TIDAK BERSETUJU DENGAN PERNYATAAN TUNTUTAN ISTERI @PIHAK YANG MENUNTUT FASAKH?

Antara tujuan dari penyampaian saman adalah supaya pihak yang dituntut dapat hadir dan membuat pembelaan keatas Tuntutan Fasakh yang dibuat oleh Plaintif. Defendan sekiranya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut boleh memasukkan pembelaan dan tuntutan balas dan menjawab dakwaan seperti yang diperuntukkan seksyen 64 (1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003.

 

BAGAIMANA SEKIRANYA PIHAK DEFENDAN TIDAK DAPAT DIKETAHUI KEBERADAANNYA/ ENGGAN MEMBERIKAN KERJASAMA/ KEINGKARAN MENERIMA SAMAN/ CUBAAN UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARI TERIMA SAMAN?

Dalam proses penyampaian saman dan pernyataan tuntutan hendaklah dimulai oleh pihak menuntut kepada pihak kena tuntut. Kepentingan proses ini amat ketara apabila undang-undang menghendaki saman atau notis berkenaan disampaikan secara ke diri sama ada oleh pihak plaintif/pemohon sendiri ataupun wakilnya sebagaimana seksyen 41 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Selangor Tahun 2003

Jika penyampaian ke diri tidak dapat dibuat, maka ianya boleh dibuat secara penyampaian ganti seperti tampalan, pos berdaftar ataupun iklan di dalam akhbar tempatan sepertimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 48 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003.

Begitu juga bagi kes orang yang tidak berupaya menerima saman, maka saman tersebut boleh diserahkan kepada penjaga ad litemnya. Bagi banduan, saman tersebut boleh diserahkan kepada pegawai yang menjaga penjara, manakala bagi angkatan tentera, saman boleh disampaikan kepada pegawai pemerintah. Oleh itu, pihak Defendan tidak boleh mengelakkan dirinya daripada menerima saman kerana proses penyampaian hanya perlu dilaksanakan sebagai syarat bagi membolehkan kes diteruskan. Ini bermaksud, sebarang keingkaran untuk menerima saman atau cubaan mengelakkan diri dari menerima saman tidak akan memberi kesan kepada kes itu untuk didengar dan diputuskan oleh Hakim Bicara.

Seksyen 121 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor memperuntukkan: Jika, apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran: defendan tidak hadir, mahkamah boleh, tertakluk kepada bukti penyampaian wajar, mendengar dan memutuskan tindakan itu tanpa kehadirannya” 

Maka prosiding kes fasakh tidak dibiarkan berlarutan terlalu lama atau panjang jika Plaintif memenuhi peruntukkan undang-undang untuk meneruskan tuntutan dan mendapatkan keadilan sewajarnya. Maka amat penting untuk pihak-pihak faham dan mendapatkan nasihat yang sewajarnya berdasarkan hukum syarak dan undang-undang yang diperuntukkan.

Dapatkan Khidmat Guaman Terbaik Kami

Kisah Gembira Pelanggan Kami

Muhd Shah

"Assalammualaikum, pandangan saya selaku anak guam pada pn syada dari syada osman & Associates cukup berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, peguam yang sangat berpegalaman serta peramah serta memahami segala urusan yang dikehendaki. Semoga allah permudahkan segala urusan pada syada osman & Associates. semoga kekal maju pada negara."

Google Review

Lihat feedback kami.