Nafkah Isteri
Dari sudut syarak nafkah adalah mengeluarkan harta untuk perbelanjaan keperluan manusia seperti makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal serta keperluan selainnya.
Faktor yang menyebabkan kewajipan memberi nafkah ke atas seseorang adalah kerana hubungan perkahwinan, hubungan kerabat atau kekeluargaan dan pemilikan (hak milik terhadap hamba). Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri merupakan perkara yang telah disepakati oleh para ulama setelah isteri memenuhi syarat-syarat tertentu.
Hal ini berlandaskan firman Allah SWT :
“…dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya…”
(Surah Al – Baqarah : 33)
Menurut Imam Ibn Kathir, cara yang sepatutnya adalah mengikut adat kebiasaan yang diterima oleh isteri mengikut negerinya dan tidak berlebih-lebihan serta tidak membebankan suami.
Antara elemen-elemen yang diutamakan adalah melihat kepada hubungan pernikahan yang sah, tidak pernah disabitkan sebagai isteri yang nusyuz dan juga kemampuan suami tersebut untuk menafkahi si isteri.
Nafkah isteri boleh dituntut sama ada semasa dalam tempoh perkahwinan sebagaimana di bawah peruntukkan seksyen 60 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 atau menjadi boleh tunggakan nafkah isteri jika tuntutan dikemukakan selepas tempoh perkahwinan yang diperuntukkan dalam seksyen 70 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu selepas disabitkan perceraian oleh Mahkamah Syariah.
Perkara nafkah yang boleh dituntut adalah antaranya;-
- Tempat tinggal;
- Pakaian;
- Makan minum
- Perubatan
- Keperluan harian diri
Pembuktian perlu dikemukakan di Mahkamah Syariah dengan mengambil kira berkaitan jumlah dan perkara tuntutan nafkah isteri tersebut adalah relevan atau munasabah dan kemampuan suami untuk membayar jumlah tuntutan tersebut.
Tuntutan nafkah isteri boleh dikemukakan di Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa ke atas isteri tersebut sama ada di Mahkamah Rendah Syariah ataupun Mahkamah Tinggi Syariah.
Dapatkan Khidmat Guaman Terbaik Kami
Kisah Gembira Pelanggan Kami
Muhd Shah
"Assalammualaikum, pandangan saya selaku anak guam pada pn syada dari syada osman & Associates cukup berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, peguam yang sangat berpegalaman serta peramah serta memahami segala urusan yang dikehendaki. Semoga allah permudahkan segala urusan pada syada osman & Associates. semoga kekal maju pada negara."
Google Review
Lihat feedback kami.