Makluman: Set appointment percuma bersama kami! Kami menyediakan sesi kaunseling secara percuma! Kami memberikan support 24/7

Hadhanah / Hak Jagaan Anak

MAKSUD MENURUT FIQH AL-SYAFIE: MELINDUNGI DAN MEMBERI PENJAGAAN KEPADA ANAK-ANAK YANG TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN ANTARA PERKARA YANG BETUL DAN SALAH, TIDAK MAMPU UNTUK BERGANTUNG KEPADA DIRI SENDIRI, DAN MEMBERIKAN PENDIDIKAN YANG LAYAK DAN MELINDUNGI KANAK-KANAK TERSEBUT DARI PERKARA YANG MEMPERBAHAYA KE ATAS DIRINYA. 

 

SIAPA ORANG YANG PALING LAYAK MENDAPATKAN HAK INI?

HADIS NABI SAW

ABDULLAH BIN AMRU RA BERKATA: seorang wanita datang berjumpa rasulullah saw dan berkata “wahai rasulullah sesungguhnya ini adalah anakku , saya yang melahirkan dia, susu badan saya yang dia minum dan saya penjaganya , sekarang ayahnya telah menceraikan aku dan sekarang dia mahu mengambil anakku kemudian rasulullah saw berkata: kamu mempunyai hak dari dia (bekas suami) selagi kamu tidak berkahwin”.

Hadith ini menjelaskan tentang pensyariatan hadhanah,dan ibu lebih mempunyai hak hadhanah terhadap anak daripada ayahnya selama dia tidak menikah lagi.

 

PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG SYARIAH

Menurut seksyen 82 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor);

Tertakluk kepada seksyen 83, INI IBU ADALAH ORANG YANG PALING BERHAK DARI SEGALA ORANG UNTUK MENJAGA ANAK KECILNYA DALAM MASA IBU ITU MASIH DALAM PERKAHWINAN DAN JUGA SELEPAS PERKAHWINANNYA DIBUBARKAN.

Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan di bawah Hukum Syarak dari mempunyai hak terhadap hadhanah atau penjagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada  subseksyen (3), hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu;

  1. Nenek sebelah ibu;
  2. Bapa;
  3. Nenek sebelah bapa
  4. Kakak atau adik perempuan seibu sebapa
  5. Kakak atau adik perempuan seibu
  6. Kakak atau adik perempuan sebapa
  7. Anak perempuan dari kakak atau perempuan seibu sebapa
  8. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu
  9. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa
  10. Emak saudara sebelah ibu
  11. Emak saudara sebelah bapa
  12. Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ‘asabah atau residuari. 

KEUTAMAAN YANG DIAMBIL KIRA PENJAGAAN ADALAH KEBAJIKAN ANAK TERSEBUT. 

 

KELAYAKAN-KELAYAKAN YANG PERLU UNTUK PENJAGAAN INI ANTARANYA:

  • SEORANG ISLAM
  • SEMPURNA AKAL
  • USIA YANG MELAYAKKAN DIA UNTUK MENJAGA, MENGURUS DAN MEMBERI KASIH SAYANG TERHADAP ANAK TERSEBUT.
  • BERKELAKUAN BAIK DARI SEGI AKHLAK ISLAMIYAH
  • TINGGAL DI TEMPAT ANAK ITU TIDAK MUNGKIN MENGHADAPI AKIBAT BURUK DARI SEGI AKHLAK DAN JASMANI.

JIKA MAHKAMAH MELIHAT IBU HILANG KELAYAKAN SEBAGAI PENJAGA KEPADA ANAKNYA MAKA HAK ITU AKAN BERPINDAH KEPADA AHLI KELUARGA MENGIKUT SUSUNAN KEUTAMAAN DAN ELEMEN KEBAIKAN ANAK DIUTAMAKAN. 

 

APA YANG MENYEBABKAN SEORANG IBU HILANG KELAYAKAN SEBAGAI PENJAGA? (seksyen 84)

Menurut seksyen 84 hak ibu boleh hilang kelayakan sebagai penjaga sekiranya berlaku; 

  • Telah bernikah lain dan pernikahan baru itu boleh mengabaikan dan menjejaskan kebajikan anak itu.
  • Berkelakuan Buruk secara keterlaluan dan terbuka 
  • Tukar pemastautinan dengan tujuan untuk mencegah bapa anak-anak tersebut dari menjalankan  pengawasan keatas anak tersebut
  • Murtad
  • Kecuaian dan penganiayaan ke atas anak tersebut

 

BILA TUNTUTAN INI BOLEH DIBUAT ?

Tuntutan hadhanah ini boleh dituntut dalam perkahwinan atau selepas berlaku perceraian. 

Walaupun hak jagaan anak jelas telah diperuntukkan menurut undang-undang dan perlu mengemukakan tuntutan hak jagaan di Mahkamah Tinggi Syariah yang berbidangkuasa. Jika pasangan yang telah bercerai ada persetujuan untuk penjagaan maka persetujuan itu boleh direkodkan di Mahkamah sebagai Perintah Persetujuan untuk dilaksanakan oleh kedua-dua pihak. Hak jagaan ini boleh memastikan ibu atau bapa tidak dinafikan hak ke atas anak-anak mereka. Malahan KEBAJIKAN DAN KEMASLAHATAN anak juga terus terjaga dan terpelihara. 

Kedua-dua pihak atau Ibu atau bapa perlu faham, tahu dan usaha untuk mendapatkan nasihat atau pandangan dari segi hukum syarak dan peruntukkan undang-undang berkaitan dengan hak mereka dalam penjagaan anak ini. Ia bagi memastikan hak masing-masing terus terpelihara, tidak diganggu dan seterusnya dapat menjaga hak anak-anak juga ke atas ibu dan bapa mereka.

Dapatkan Khidmat Guaman Terbaik Kami

Kisah Gembira Pelanggan Kami

Muhd Shah

"Assalammualaikum, pandangan saya selaku anak guam pada pn syada dari syada osman & Associates cukup berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, peguam yang sangat berpegalaman serta peramah serta memahami segala urusan yang dikehendaki. Semoga allah permudahkan segala urusan pada syada osman & Associates. semoga kekal maju pada negara."

Google Review

Lihat feedback kami.